Mayat pengendali kren jatuh dari kapal dijumpai terdampar di pantai

BINTULU -- Mayat seorang pengendali kren yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut semasa sedang melakukan kerja di salah sebuah kapal berhampiran perairan laut Tanjung Kidurong pada jam 1.19 petang ditemui terdampar di kawasan pantai pada jam 4.50 petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad mengesahkan, mayat mangsa Mathew Manggah berusia 46 tahun ditemui pada jarak 350 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh.

Mayat mangsa menurutnya telah dijumpai oleh pekerja warganegara China yang melalui kawasan pantai berkenaan.

"Pengecaman mayat telah dilakukan sendiri oleh anak mangsa sebelum mengesahkannya merupakan mayat ayah beliau," ujar Wan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Next Post Previous Post