Lelaki terjatuh ke tebingan sungai berhampiran Riverine Sapphire Condominium diselamatkan
KUCHING -- Seorang lelaki berusia 45 tahun berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Riverine Sapphire Condominium sekitar jam 7 malam ini tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata ,sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 malam.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa lelaki dalam lingkungan umur 45 tahun telah terjatuh di tebingan sungai " ujarnya.
Mangsa yang berada dalam keadaan separuh sedar dan mengalami kecederaan di bahagian kaki kemudiannya diangkat oleh pasukan bomba dengan mengunakan basket stretcher sebelum diserahkan kepada KKM untuk tindakan selanjutnya.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 7.50 malam sebelum bertolak balik ke balai.