Lelaki OKU ditemui mati lemas di kawasan parit Kampung Jerijeh Tanjung Manis

TANJUNG MANIS -- Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang semasa memancing berhampiran kediamannya malam tadi di Kampung Jerijeh ditemui mati lemas di kawasan parit pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, mayat mangsa, Kasim Ahmad, 31 ditemui orang awam terapung di kawasan parit yang terletak sekitar 500 meter dari rumahnya.

"Sejurus menerima panggilan pada jam 7.30 pagi, sepasukan anggota bomba dari BBP Tanjung Manis bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mayat mangsa dari parit," jelasnya.

Mayat mangsa bagaimanapun katanya telah diambil oleh orang kampung bersama dengan bantuan PDRM sebelum ketibaan pihak bomba dan dan dibawa ke masjid berhampiran untuk tindakan seterusnya.

Setelah mengesahkan penemuan dan mengenal pasti identiti mangsa, anggota bersama jentera bertolak balik ke balai.

Sekitar jam 11.56 malam tadi, pasukan bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehilangan seorang lelaki OKU yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah untuk pegi menancing di kawasan di parit yang terletak 500 meter dari rumah mangsa.

Kali terakhir mangsa keluar dengan berpakaian baju warna merah.
Next Post Previous Post