Lelaki maut, kereta dipandu terbabas ke pembahagi jalan lalu rempuh pokok tepi jalan

BINTULU -- Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke pembahagi jalan sebelum rempuh pokok tepi jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Bintulu-Tanjung Kidurong pada jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali, mangsa yang berusia 28 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang turut berada di lokasi kejadian.

Beliau berkata, semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza dikatakan bergerak dari arah Sungai Plan menuju ke Taman Bandar Jaya.

"Sampai di Jalan Bintulu – Tanjung Kidurong, semasa motokar sedang bergerak lurus, tiba-tiba kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan pembahagi jalan dan terlanggar pokok," ujar Nixon.

Ekoran itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang tiba di tempat kejadian. 

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak
L membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat/nampak berkenaan kejadian boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Pung Ting Khang, Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304.
Next Post Previous Post