Lelaki Indonesia hilang di Gunung Tabai, Bau

BAU-- Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan hilang di kawasan Gunung Tabai, yang merupakan kawasan tumpuan pelombong haram mencari emas.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Yoga Anggiska yang berasal dari Kerinci, Indonesia pada 23 Ogos lalu sekitar jam 5.23 petang.

"Pihak polis Bau telah menerima panggilan telefon daripada pihak pejabat Konsulat Republik Indonesia di Kuching memaklumkan seorang lelaki warganegara indonesia telah dipercayai hilang di kawasan Gunung 
Tabai pada 13 ogos 2024. 

"Pada 24 Ogos 2024 satu operasi mencari dan menyelamat dimulakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bau serta agensi penyelamat yang lain iaitu pasukan Bomba dan Penyelamat Bau, Angkatan Pertahanan Awam 
Malaysia (APM) serta Sarawak Forestry Corporation (SFC)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya siasatan masih giat dijalankan untuk mengenal pasti saksi-saksi yang boleh membantu siasatan. 

"Oleh yang demikian, mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Colin Raape di talian 017-817 1750.

"Pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang 
spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam serta menggangu 
siasatan yang sedang dijalankan," tegasnya.

Selain itu, katanya orang ramai juga disarankan untuk tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat di mana-mana media sosial. 
Next Post Previous Post