Lebih 950,000 rakyat China melancong ke Malaysia dalam tempoh enam bulan-Tiong

KUCHING-- Malaysia merekodkan jumlah pelancong dari China lebih 950,000 orang dalam tempoh enam bulan tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing.

Beliau memberitahu jumlah itu menunjukkan kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat secara mendadak sehingga 190.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Dalam tempoh separuh tahun pertama 2024, kemasukan pelancong China ke Malaysia meningkat secara mendadak sehingga 190.8 peratus, dan merekodkan jumlah pelancong lebih daripada 950,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam laporan Pencapaian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Januaru hingga Jun 2024 (Sektor Pelancongan).

Dalam pada itu, Tiong berkongsi Strategi Pemasaran dan Promosi Separuh Tahun Pertama 2024 melibatkan China.

Jelas Ahli Parlimen Bintulu itu, antara inisiatif itu, pelancong China menikmati kemasukan tanpa visa ke Malaysia serta pelepasan imigresen secara automatik apabila masuk dan keluar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Geran Stimulus Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) disedia kepada syarikat-syarikat penerbangan," tambahnya.

Selain itu, lawatan rasmi beliau ke China pada hujung 2023 telah berjaya membawa masuk lima laluan penerbangan baharu dari China Eastern Airlines dengan 28 penerbangan berjadual seminggu.

Pada Januari 2024, beliau turut bertolak ke Shanghai bagi membantu melancarkan urusan penerbangan sulung Loong Airlines ke Malaysia.

"Beratus ribu pelancong China melawat ke Malaysia susulan dari tambahan tujuh laluan penerbangan sewa khas yang mana secara keseluruhannya lebih 100 penerbangan dari China ke Malaysia sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina 2024," tegasnya.

Menurutnya lagi, pada Mei 2024, satu rombongan di bawah pimpinannya, disertai oleh Tourism Malaysia dan 37 agensi pelancongan lain di bawah seliaanya telah menyertai "Pameran Pelancongan Shanghai ITB".

Jelasnya, Penghasilan program TV untuk mempromosi pelancongan Malaysia oleh Kumpulan Media dari Hunan, China dengan kerjasama Tourism Malaysia.

"Sebagai salah seorang anggota Kerajaan Perpaduan yang diberi mandat untuk menerajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, saya 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗸𝘂𝗹 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. 

"Oleh itu, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗮𝗱 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi separuh tahun yang pertama 2024. 

"Laporan ini bukan sahaja untuk memberi penerangan dan perincian perkembangan terkini progress yang telah dan sedang dilakukan oleh MOTAC, tetapi juga bagi melaporkan kepada umum secara telus prestasi kementerian ini sehingga kini," ujarnya.

Katanya, m𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗽𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗢𝗧𝗔𝗖. 

"𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮," tegasnya.
Next Post Previous Post