Kajian hidrogen Sarawak berjaya mengurangkan penggunaan tenaga- Abang Johari

BAU-- Penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengurangkan jumlah penggunaan tenaga dalam menghasilkan hidrogen berjaya dilakukan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menjelaskan kuasa yang digunakan untuk menghasilkan 1 kilogram hidrogen adalah 38 kilowatt per Jam (kwJ) namun kini telah dikurangkan hingga 25kwj melalui proses elektrolisis.

"Pengurangan ini disebabkan teknologi yang baharu maka kos tenaga yang dikehendaki untuk memecah dua molekul iaitu hidrogen dan oksigen pun rendah yang juga termasuk kos penghasilan juga akan turut rendah. 

"Seperti komputer di mana teknologi komputer menggunakan cip manakala elektrolizer menggunakan membran di mana sekiranya membran dapat dipadat seperti komputer maka kosnya akan rendah," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Suba Buan di sini pada Sabtu. 

Sarawak terus berjaya mengurangkan penggunaan kuasa elektrolizer iaitu satu sistem yang memisahkan molekul air melalui elektrolisis yang menghasilkan hidrogen.

Pada 1 Jun lalu, Abang Johari merasmikan kilang Kemudahan Pemasangan dan Pengedaran Elektrolizer Sarawak (SEA-DF), kuasa yang digunakan untuk menghasilkan 1 kilogram hidrogen adalah 38 kilowatt per Jam (kwJ).

Dengan sasaran yang melepasi sasaran ujarnya, beliau percaya 5 ke 10 tahun menyaksikan tenaga yang digunakan untuk memisahkan molekul akan lebih rendah lagi. 
Next Post Previous Post