Enam unit rumah sewa di Kampung Tabuan Cemerlang musnah terbakar
KUCHING -- Enam unit rumah sewa di Kampung Tabuan Cemerlang di Jalan Setia Raja di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, pasukannya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 9.03 pagi lalu mengarahkan sepasukan anggota dari BBP Tabuan Jaya bergerak ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
BBP Tabuan Jaya dalam pada itu turut mendapat bantuan BBP Padungan.
Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan sebuah rumah sewa 6 pintu jenis struktur tidak kekal yang terbakar sepenuhnya.
"Pasukan bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan 1 aliran 1200 kaki, 2 nozel dan menggunakan sumber air yang diperoleh dari tangki jentera," jelas beliau.
Pasukan bomba mengambil masa setengah jam bagi memadam kebakaran yang berlaku yang mana api terkawal pada jam 9.27 pagi.
Pada masa sekarang pasukan bomba masih lagi menjadi kerja-kerja overhaul bagi menggelakkan berlakunya kebakaran berulang.
Setakat ini katanya, kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa