Enam "atlet veteran" antara 13 individu ditangkap ketika leka judi mahjong
SRI AMAN-- Enam warga emas antara 13 individu ditangkap ketika sedang leka bermain judi "Pasar Malam" dan "Mahjong" di tingkat 1 sebuah permis di Bandar Simanggang petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata suspek kesemua lelaki tempatan berusia antara 34 hingga 70 tahun ditangkap dalam satu serbuan Op Dadu yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sri Aman sekitar jam 6.30 petang.
"Semasa serbuan pasukan mendapati sekumpulan lelaki yang sedang mengerumuni meja dipercayai sedang bermain judi "Pasar Malam" dan " Mahjong".
"Pasukan kemudian telah menahan kesemua suspek dan dibawa ke JSJ IPD Sri Aman untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegasnya, kesemua tangkapan dan rampasan barang kes dibawa ke Balai Polis IPD Sri Aman untuk siasatan lanjut.