Dua penganggur dicekup terlibat dadah

SRI AMAN-- Dua penganggur dicekup polis disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata kedua-dua suspek lelaki berusia 28 dan 40 tahun masing-masing ditangkap sekitar jam 3 petang dan 3.15 petang di Sri Aman kerana disyaki penagih.

"Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, tegasnya kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Sri Aman untuk siasatan selanjutnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Next Post Previous Post