Dua maut, Perodua Kancil dinaiki bertembung 4WD Nissan Navara di P-Turn berdekatan Rumah Panjang Maja di Lebuhraya Pan-Borneo Betong-Kuching
BETONG -- Dua maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki keduanya dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara di Lebuhraya Pan-Borneo Betong-Kuching petang tadi.
Dalam kemalangan yang berlaku pada jam 3.20 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Azian Mazuan Ahmad, 33, dan Amieyra Madu Abdullah, 8, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan KKM dari Hospital Betong.
"Dua lagi penumpang dalamnya bagaimanapun sudah dibawa ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut sebelum pasukan bomba tiba," ujarnya.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Betong bagi tujuan bedah siasat.
Maklumat awal yang diterima mengesahkan semasa kejadian, Nissan Navara terbabit dikatakan sedang bergerak lurus dari arah Kuching menuju ke Betong sebelum melanggar Perodua Kancil terbabit yang sedang melakukan P-Turn di laluan berkenaan.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 3.39 petang sebelum bertolak balik ke balai.