Banjir, APM guna bot hantar jenazah ke perkuburan
BETONG -- Penghuni rumah Joseph Bobby, Buloh Antu, Padeh terpaksa memohon bantuan APM Betong untuk menghantar jenazah penduduk yang kebetulan dibawa untuk urusan pengebumian ke tanah perkuburan berikutan jalanraya utama dilimpahi air dan paras air yang mendadak naik menyebabkan laluan tidak dapat dilalui kenderaan.
APM Betong terpaksa menggunakan bot bagi membawa jenazah dan membantu penduduk keluar dari lokasi terbabit.
Tuai Rumah memberitahu, penduduknya terputus hubungan setelah air mendadak naik berikutan hujan lebat berterusan dari petang semalam mengakibatkan paras air sungai Padeh meningkat dan melimpah kekawasan yang rendah.
APM Betong telah digerakkan ke lokasi setelah menerima laporan berhubung fenomena yang berlaku untuk memberi bantuan.
Difahamkan rumah sepanjang 25 pintu itu dengan 63 penghuni berdaftar terpaksa berjaga-jaga setiap kali hujan lebat kerana sering mengalami masalah berulang dan situasi yang sama.
Dalam masa yang sama penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan melaporkan segera sekiranya keadaan dilokasi diluar kawalan.