8 guru dan 8 pelajar terperangkap dalam banjir di SJKC Hang Kwong diselamatkan
SIBU -- 8 guru dan 8 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hang Kwong di Jalan Keladi diselamatkan oleh pasukan bomba disebabkan terputus hubungan di Simpang Nanga Asan sepanjang 600 meter Di jalan Latap kerana ditengelami air akibat banjir petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 4.39 petang bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan kesemua mangsa yang tidak dapat keluar dari kawasan sekolah berkenaan.
"Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seramai lapan orang guru bersama lapan orang murid tidak dapat keluar dari kawasan sekolah kerana laluan ditenggelami air sedalam dua kaki," jelasnya.
Komander operasi kemudiannya membuat "size up' dan membawa keluar kesemua mangsa dengan menaiki kenderaan 4WD ke tempat yang selamat.