35 keluarga dari 2 buah rumah panjang Kampung Merbong Engkelili dipindahkan, rumah dimasuki banjir sedalam 1.5 meter
SRI AMAN -- 35 keluarga dari dua buah rumah panjang dari Kampung Merbong Engkelili terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas rumah panjang berkenaan dinaiki air banjir sedalam 1.5 meter sejak pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10 malam.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati kedua-dua rumah panjang terbabit sudah dimasuki air banjir dan memerlukan proses pemindahan penduduk ke lokasi selamat," jelasnya.
Adalah difahamkan bahawa setakat jam 10.50 pagi tadi, paras air sudah mencecah lebih 1 meter.
Kesemua mangsa katanya akan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merbong yang terletak di atas bukit berhampiran kedua-dua buah rumah panjang terbabit.