Warga emas keluar mencari sayur di kawasan hutan Kampung Beradau ditemui mati

SIBURAN -- Seorang warga emas lelaki yang keluar mencari sayur di kawasan hutan berdekatan Kampung Beradau Jalan Kuching-Serian dijumpai mati pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mayat mangsa Lucian Singip berusia 60 tahun dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak 200 meter dari jarak PKOB pada jam 10.05 pagi di hari ke-2 SAR.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada KKM dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," jelasnya.

Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan usaha pencarian di hari yang ke-2 ini pada jam 11.27 pagi.

Sekitar jam 6 petang semalam, anak mangsa melaporkan ayahnya tidak pulang ke rumah semasa mencari sayur meskipun hari sudah beransur gelap kerana mencari sayur.
Next Post Previous Post