Warga emas ditemui mati di kediamannya di Kampung Dato, kes disiasat di bawah Seksyen 302 KK

BINTULU --  Seorang warga emas wanita yang tinggal seorang diri ditemui mati di kediamannya di Kampung Dato di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, sepasukan polia bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan mayat warga emas terbahagi pada jam 11 malam.

"Tiba di lokasi, pasukan bomna mendapati sememangnya terdapat mayat seorang mangsa yang berada dalam Ling umur 80an yang mana dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, " jelas Nixon. 

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit forensik Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat sekaligus mengenalpasti punca kematian mangsa.

Pada masa sekarang katanya, pihak Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terlibat sekaligus mengenalpasti motif kejadian.

Kes ini menurut Nixon akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau dalam masa sama menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kes ini yang dikhuatiri boleh menganggu proses siasatan.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak Polis tidak berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah.  

Oang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh tampil dan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
Next Post Previous Post