Wanita patah bahu kiri, 4WD dipandu terjunam ke dalam longkang besar tepi jalan di Jalan Luak Bay

MIRI -- Seorang wanita nyaris maut selepas pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam longkang benar tepi jalan di Jalan Luak Bay berhampiran Kampung Luak jam 11 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa yang merupakan wanita berusia 4p tahun itu turut parah bahu kiri selain luka pada bahagian tangan kiri.

"Sepasukan anggota dari BBP Miri bergerak ke lokasi insiden sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa dari dalam longkang yang berlopak dan berair itu," ujarnya.


Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah 4WD yang terjunam ke dalam longkang dan hanya melibatkan seorang mangsa yang masih berada di bahagian tempat duduk pemandu.

Anggota Bomba kemudiannya bertindak menggunakan tangga dari jentera untuk turun ke dalam longkang bagi mengeluarkan mangsa.


Pasukan bomba kemudiannya memasang "cervical collar" dan "upper limb" sebelum membawa baik mangsa dengan menggunakan stretcher.

"Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak perubatan KKM untuk rawatan lanjut.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post