Wanita OKU rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya di Jalan Teku
SIBU -- Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) maut rentung dalam kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah di Kampung Bahagia Jaya di Jalan Teku awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, mangsa maut yang dikenali sebagai Kong Kim Ngin berusia 52 tahun ditemui rentung berhampiran pintu bilik lot rumah yang ke-3 terbakar.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 8.04 pagi," ujarnya.
Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan 3 buah rumah jenis struktur tidak kekal terbakar yang terbakar 100 peratus.
Anggota bomba kemudiannya bertindak memadamkan kebakaran dengan mengunakan 2 aliran 200 kaki dan 4 nozel air yang mana sumber air diperoleh dari pili bomba.
Manakala, itu, anggota BBP Sibu Sentral menggunakan 2 aliran 2 nozel.
"Selepas api berjaya dipadam, pemeriksaan yang dijalankan pasukan bomba menemukana mayat salah seorang mangsa dalam keadaan rentung berhampiran dengan pintu bilik di kediaman ke-3 pada jam 9.27 pagi.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Gambar PGO Sarawak