Suspek kes pecah rumah di Bintulu berjaya dicekup polis

BINTULU -- Seorang lelaki tempatan yang terbabit dalam kegiatan pecah rumah di Bintulu berjaya diberkas Polis baru-baru ini, kata Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali.

Menurut beliau, suspek berjaya ditangkap polis di Jalan Bounganvilla yang mana sebilah pisau kerambit berukuran 15 sentimeter turut ditemui dalam simpanan suspek.

"Hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah curi dan dua rekod penyalahgunaan dadah," ujarnya.

Permohonan reman katanya telah dipohon di Mahkamah Majistret Bintulu selama 5 hari sehingga 29 Julai ini nanti yang mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) bagi membantu siasatan.

Pihak Polis katanya masih giat mengesan saki baki barangan yang disyaki dicuri semasa kes pecah rumah yang dilakukan oleh suspek.

Nixon menegaskan pihak Polis tidak berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah. 

Justeru , menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah diminta tampil dan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
Next Post Previous Post