Rumah panjang Kampung Krusen Siu terbakar, 8 keluarga tinggal sehelai sepinggang

SERIAN -- 8 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang yang didiami mereka di Kampung Krusen Siu di Jalan Tebakang musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 12.04 tengah hari.

"Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan satu blok bangunan rumah panjang 2 tingkat jenis tidak kekal itu," ujarnya.

Borneo Network difahamkan bahawa pasukan bomba sudah berjaya mengawal kebakaran yang berlaku dan sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman bagi memastikan kebakaran tidak berulang serta merebak ke rumah berdekatan yang lain.

Setakat ini katanya, kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Next Post Previous Post