Premis membuat roti dan biskut di Bintulu kotor diarah tutup 2 minggu
BINTULU -- Sebuah premis membuat roti dan biskut di Jalan Sultan Iskandar di sini diarah tutup selama dua minggu kerana berada dalam keadaan kotor serta tidak memenuhi spesifikasi kebersihan serta penyediaan makanan mengikut spesifikasi ditetapkan.
Bertink atas aduan orang awam, maka Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis pada Khamis sebelum mengarahkannya ditutup mulai 4 hingga 17 Julai bagi kerja-kerja pembersihan premis.
Pemeriksaan yang dijalankan turut mendapati pemilik premis gagal menjaga kebersihan premis kerana menjalankan aktiviti pengubahsuaian pada bahagian belakang berhampiran tempat memproses roti dan biskut.
Pegawai Kesihatan Persekitaran BDA dalam pada itu menasihatkan semua pengusaha premis makanan dan minuman agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan yang ditetapkan supaya ianya tidak tercemar dan selamat untuk dimakan.
"Peraturan penyediaan serta pengendalian makanan sedia ada yang telah ditetapkan harus dipatuhi kerana ianya menjadi tanggungjawab setiap pengusaha premis dalam menjaga kebersihan premis masing-masing," tambahnya.