Perlawanan tangguh satu jam, penonton diminta kosongkan stadium, Maghribi aibkan Argentina 2-1
PARIS -- Perlawanan Argentina menentang Maghribi malam tadi dalam pertemuan pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi terpaksa ditanguhkan selama dua jam kerana rusuhan yang dilakukan peminat bola sepak tempatan.
Memetik laporan Astro Arena, penonton yang hadir itu dikatakan melemparkan mercun dan memasuki padang menyebabkan aksi dramatik tersebut terpaksa ditunda lebih satu jam.
Dalam masa sama, baki pertembungan itu dimainkan tanpa sebarang penyokong kerana diarahkan untuk mengosongkan stadium susulan perbuatan tidak bermoral itu berlaku.
Dalam perlawanan B23 itu, pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina, terpaksa berhempas-pulas menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan penuh drama menentang Maghribi.
Penampilan skuad Maghribi kendalian Javier Mascherano yang bertenaga selepas melayakkan diri buat kali pertama sejak 2012 dalam temasya berprestij itu, berjaya mengikat Argentina pada separuh masa pertama perlawanan.
Memasuki masa tambahan sebelum tamat babak pertama, penjaring terbanyak Liga Juara-juara Asia (ACL) musim lalu, Soufiane Rahimi, memecahkan kebuntuan apabila mudah menampan masuk bola hantaran daripada Bilal El Khannous untuk memberikan kelebihan buat The Atlas Lions.
Masuk babak kedua, pengadil perlawanan, Glenn Nyberg, mengesan kekasaran yang dilakukan Julio Soler ke atas pemain Maghribi dalam kotak penalti sekali gus mudah disempurnakan sekali lagi oleh Rahimi menewaskan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli, buat kali kedua pada minit ke-51.
Argentina menerusi penyerang muda Atletico Madrid, Giuliano Simeone, menunjukkan impak segera dengan menjaringkan gol pada minit ke-68 untuk merapatkan jurang skuad La Albicelestz bagi memberikan tekanan buat Maghribi.
Ketika Maghribi hampir mahu meraikan kemenangan pertama, pemain tengah Boca Juniors, Cristian Medina, menanduk masuk gol penyamaan lantunan daripada palang gawang pada minit ke-106 melenyapkan suasana gamat penyokong jersi merah itu.
Susulan ini, penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu mula melemparkan mercun dan memasuki padang menyebabkan perlawanan itu terpaksa ditunda lebih satu jam.
Bagaimanapun, baki perlawanan disambung semula yang menyaksikan kedua-dua pasukan bermain tanpa sebarang penyokong kerana diarahkan untuk mengosongkan stadium susulan rusuhan itu.
Sekembalinya permainan berlangsung semula, jaringan penyamaan Argentina dibatalkan akibat video bantuan pengadil (VAR) mendapati bahawa pemain berjersi numbor enam Argentina, Bruno Amione, berada dalam kedudukan ofsaid ketika menyerang.
Keputusan penuh menyaksikan Maghribi berjaya mendapatkan tiga mata pertama kempen itu.