Pejalan kaki maut dilanggar di Lorong Biawak 10, lundu

LUNDU -- Seorang lelaki yang merupakan pejalan kaki maut dirempuh sebuah kereta berhampiran Lorong Biawak 10 di Jalan Pekan Biawak awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Immanuel Heypli berusia 29 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Lundu yang turut berada di lokasi.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4.34 pagi," ujarnya.


Tiba di lokasi, pasukan bomba ndapati berlakunya insiden yang membabitkan sebuah kereta model Nissan Grand Lavina dengan seorang pejalan kaki yang mana mangsa didapati terperosok ke bahagian bawah kereta.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM untuk tindakan lanjut 
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 5.50 pagi sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post