Ops Bersatu Khazanah (OBK) rampas sarang burung walit tanpa permit anggaran 250kg


Kuching – Satu Ops Bersepadu Khazanah (OBK) telah dijalankan pada 12 Julai 2024 yang  melibatkan Sarawak Forestry Corporation, Kastam Diraja Malaysia, Polis Marin Wilayah 5 Sarawak dan turut dibantu oleh Pos Malaysia.

Hasil daripada maklumat risikan terdapat kemasukan 17 buah kotak yang disyaki 
mengandungi sarang burung walit telah dibawa dari negeri Sabah didapati tidak mempunyai 
sebarang permit import daripada Controller Hidupan Liar.


Kesemua 17 buah kotak tersebut telah ditahan di Pos Aviation Malaysia jam 0900 pagi dan 
seorang suspek telah ditahan di sebuah gudang kerana disyaki terlibat dalam proses 
penyeludupan sarang burung walit tersebut.

Jumlah rampasan adalah sebanyak 250 kg sarang burung walit yang dianggarkan bernilai 
RM250,000.

Kes disiasat dibawah kesalahan Seksyen 29(2) dan Seksyen 31, Ordinan Perlindungan 
Hidupan Liar 1998.
Next Post Previous Post