Op Motosikal di Jalan Lingga-Stumbin: 7 motosikal disita, 29 saman dikeluarkan

SRI AMAN-- Tujuh motosikal ditahan dan 29 saman dikeluarkan semasa Op Motosikal di sekitar Jalan Lingga-Stumbin di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, bermula jam 4.30 petang tadi hingga 8 malam ini di lokasi berkenaan.


"Operasi ini disertai 19 orang terdiri daripada pegawai dan anggota, telah memeriksa 19 buah motosikal dan 23 lelaki.

"Sejumlah 29 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan tujuh buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut Mathew berkata tiga saman dikeluarkan atas kesalahan tiada nombor pendaftaran, ubahsuai ekzos (5), ubahsuai struktur kelengkapan (3), tiada cermin pandang belakang (5), tiada Lesen (3), tidak pamer “P” (2) dan tidak pakai topi keledar (8).

Jelasnya lagi, operasi itu dijalankan atas aduan orang awam di media sosial dan VSP.  

"Sepanjang penugasan dijalankan, tiada perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
Next Post Previous Post