Nama rumah panjang unik jadi bualan di Facebook, anak tampil perjelaskan perkara sebenar
KUCHING-- Warga alam maya, Facebook hari ini heboh dengan keunikan nama sebuah rumah panjang yang terletak di pekan Tatau, Bintulu yang dikenali "Rh Indai Tuai Ak Umban".
Pengguna Facebook bertanyakan sama ada benar wujud rumah panjang tersebut dengan nama sedemikian.
Jelas warga maya, mereka tidak pernah mendengar nama rumah panjang terbabit sebelum siapnya jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Sibu-Bintulu.
"Semenjak jalan Pan Borneo siap baru terlihat nama rumah panjang yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata salah seorang pengguna Facebook di ruang komen di hantaran tersebut.
Susulan hantaran itu, seorang pengguna Facebook yang mengguna nama Syvester Abun mendedahkan rumah panjang tersebut adalah rumah ibunya.
Malah, katanya, nama rumah panjang tersebut juga diambil sempena nama ibunya seperti tertera dalam kad pengenalan.
"Rumah mak aku, nama dalam IC (kad pengenalan)," katanya sambil menambah orang ramai boleh melihat papan tanda rumah panjang tersebut ketika melalui Lebuh Raya Pan Borneo Sibu ke Bintulu iaitu lima minit dari pasar Tatau.
Hantaran itu juga mendapat reaksi positif netizen antaranya Shang Sebastine Linang yang memberitahu nama itu sememangnya benar kerana dia pernah bersekolah dengannya ketika tingkat satu hingga tiga.
"Dia selayaknya menjadi tuai rumah kerana mempunyai budi pekerti yang baik," katanya.
Pengguna bernama Lydia AndrewUmbat juga memberitahu nama tersebut sememangnya mengikut nama pendaftaran dalam kad pengenalan dan merupakan isteri kepada datuknya.
Perkara itu turut disokong Regina Nana yang memberitahu ia satu-satunya nama yang orang lihat dan akan ingat.
Dalam tulisan awal kami, wartawan telah tersalah tafsir istilah iban, "indai tuai' bermaksud 'isteri tua'.
Netizen menegur Sarawak Update - Nak buat pembetulan pasal istilah Indai Tuai ia min.
Dalam Bahasa IBAN, istilah India Tuai tok banyak makna:.
1.Merujuk kepada makcik sulung
2. Gelaran kepada isteri pakcik sulung
3. Kekasih
4. Isteri
*Bukan merujuk kepada isteri tua