Lelaki warganegara asing ditemui mati dengan kesan tembakan

MIRI -- Seorang lelaki warganegara asing dijumpai mati dengan kesan tembakan di badan dalam insiden yang berlaku di kawasan kebun kelapa sawit persendirian di kawasan Sepupok Niah pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkenaan kes penemuan mayat seorang lelaki daripada seorang pengadu lelaki wargnegara asing yang berlaku di kawasan kebun ladang sawit persendirian itu.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati mendapati satu mayat lelaki dalam lingkungan umur 40 tahun yang mati dengan kesan tembakan pada mata, dahi, leher dan juga perut pada jam 8 malam Isnin yang mana siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa merupakan lelaki warganegara asing," jelasnya.

Pihak polis katanya masih mengesan suspek serta saksi kejadian dan mendapatkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti bagi membantu siasatan. 

Kertas Siasatan sudah dibuka dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Alexson dalam masa sama turut menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu-isu yang belum disemak kesahihan di media sosial yang mana dikhuatiri boleh menimbulkan kerisauan dan kegusaran di kalangan masyarakat
tempatan. 

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan ini, silalah.tampil ke Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 untuk.menyalurkan maklumat berkaitan. 

Pihak PDRM ujarnya amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri.
Next Post Previous Post