Lelaki tahan azab hampir setengah jam, kaki kanan tertusuk besi

SONG -- Seorang lelaki terpaksa menahan azab selama setengah jam selepas kaki kananny tertusuk besi petang tadi.

Pasukan Charlie BBP Song berkata, pasukan bomba menerima panggilan dari KKM Song pada jam 5.43 petang bagi mendapatkan khidmat khas memotong serta mengeluarkan besi terbabi dari kaki mangsa. 


"Sampai di lokasi kejadian, pihak KKM Song memaklumkan dengan pasukan bomba ada seorang mangsa tercucuk besi pada bahagian kaki sebelah kanan," jelasnya.

Pasukan Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan besi terbabit dengan menggunakan peralatan bolt cutter untuk memotong besi yang tercucuk di bahagian kaki sebelah kanan mangsa.

Setelah selesai memotong besi tersebut, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM Song untuk tindakan selanjutnya. 

Selepas keadaan didapati benar-benar selamat, maka itu pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 5.57 petang sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Song
Next Post Previous Post