Lelaki maut 4WD dipandu terlibat kemalangan di Jalan Sri Aman Kuching

KUCHING-- Seorang lelaki maut akibat cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 41 Jalan Sri Aman Kuching petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, dalam kejadian 4 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Voon Chuang Seng disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.48 petang di Hospital Sri Aman.


"Polis menerima maklumat berhubung kemalangan ini sekitar jam 4.20 petang melibatkan sebuah 4WD yang dipandu mangsa.

"Pada jam 6.48 petang hari sama, Gerakan IPD Sri Aman telah dihubungi oleh pihak Hospital Sri Aman memaklumkan ada seorang mangsa kemalangan jalan raya yang menerima rawatan telah meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sri Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan dalaman akibat kemalangan itu dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Paramedik Hospital Sri Aman semasa dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post