Kecoh orang hilang di Facebook tetapi tiada laporan polis dibuat

KUCHING-- Kecoh di media sosial Facebook berhubung kehilangan dua lelaki bersama sebuah lori di sini hari ini.

Dalam hantaran itu, dua individu terbabit didakwa telah hilang sejak semalam sekitar jam 3.55 petang bersama sebuah lori dengan nombor pendaftaran QRN8385.


Justeru, orang ramai yang menemukan kedua-dua individu terbabit dan lori tersebut boleh menghubungi Mr Chong 016-7398878.

Difahamkan, kali terakhir pemandu dan kelindan lori dilihat di Sungai Apong yang mana mereka berasal dari Padawan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi memberitahu, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berhubung kehilangan tersebut.
Next Post Previous Post