Kapal China kantoi kali kedua curi bangkai kapal perang dunia kedua di Malaysia

KUCHING-- Sebuah kapal korek pasir yang didaftarkan di Fuzhou, China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak selepas dikesan bersauh secara tidak sah di kedudukan 14.8 batu nautika barat laut Tanjung Hantu, Lumut, Perak dipercayai cuba curi bangkai kapal perang dunia kedua pada Rabu lalu.

Difahamkan lokasi kapal MV Chuang Hong 68 itu berlabuh merupakan kawasan kapal HMS Prince of Wales and HMS Repulse karam.

Malah, kapal korek itu sebelum ini juga pernah ditahan.


Sementara itu, Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kapal Chuan Hong 68 itu dikesan bersauh oleh pasukan operasi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jam 3.10 petang. 

Jelasnya, anggota Maritim Malaysia menemukan 60 tong gas petroleum cecair (LPG) memasak 14 kilogram berwarna kuning tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM9,000.


"Pemeriksaan mendapati, kapal korek itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu oleh 47 kru yang terdiri daripada 20 kru warga China, 26 kru warga Bangladesh dan seorang kru warga Malaysia berumur antara lingkungan 21 hingga 68 tahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kapal korek terbabit gagal mengemukakan dokumen asal kapal, pas pelepasan pelabuhan (port clearance) dan seorang kru tidak mempunyai nama dalam senarai nama kru kapal," katanya dalam kenyataan.

Mohamad Shukri berkata, kesemua kru dan kapal korek terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.
Next Post Previous Post