Empat kaki curi kabel di Bintulu ditangkap polis

BINTULU -- Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu berjaya menahan empat lelaki yang merupakan suspek kes kecurian Komponen Komunikasi di Menara Telco yang melibatkan kecurian bateri dan kabel sekitar Bintulu dan Miri, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendam Nixon Joshua Ali, Hasil pemeriksaan dan tangkapan yang dijalankan telah merampas pelbagai peralatan digunakan untuk memotong kabel dan gulungan kabel serta komponen bateri.

"Semakan ke atas rekod lampau ke atas keempat-empat suspek mendapati kesemua mereka mempunyai 10 rekod jenayah curi dan 8 rekod penyalahgunaan dadah," jelasnya
Permohonan tahanan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati 3 daripada suspek positif mengambil dadah jenis Methamphatemine," ujar Nixon.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah.
Next Post Previous Post