Diserah ketika berusia dua bulan, JKM Kuching cari waris Adam Faiq

KUCHING-- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuching sedang berusaha mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adam Faiq Abdul Rahman, 6 tahun.

JKM Kuching dalam kenyataan media memaklumkan ibu kandung kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Nurul Asyiqin Anuar, 29, alamat terakhir di Pangsapuri Teratai, Jln Penggawa Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

"Dimaklumkan bahawa ibu kandung kanak-kanak telah menyerahkan kanak-kanak kepada seorang individu sejak tahun 2019 semasa kanak-kanak tersebut berusia 2 bulan. 

"Sehubungan itu, jabatan ini memohon ibu kandung kanak-kanak untuk tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Norsiela Amira Azmi di talian 082-507111/082-507999.

"Ini bagi memberikan maklumat yang dapat membantu jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit," katanya.
Next Post Previous Post