Brunei kuat kuasa kadar "Cermin Gelap" baharu mulai 1 Ogos

KUCHING-- Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei Darussalam akan menguatkuasakan Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) baharu bermula 1 Ogos tahun ini.

Menerusi sesi Wawancara Rampai Pagi di RTB Perdana pagi tadi yang bertajuk Spesifikasi Kadar Baharu VLT bagi Cermin Gelap "Tinted Glass" dan Solar Film telah menerangkan kadar VLT baharu yang dibenarkan.
 
Wawancara itu menampilkan Pemangku Ketua Pegawai Melesen Azme Julaihe dan Pegawai Penguatkuasa Kanan Sheikh Mohd Yusry Sheikh Abdul Kadir.

Kadar VLT baharu adalah 70 peratus bagi cermin hadapan, 50 peratus bagi cermin sisi depan, 25 peratus bagi cermin sisi belakang dan cermin belakang.

Sebelum ini kadar VLT yang dibenarkan adalah 70 peratus bagi kesemua cermin kenderaan.

Difahamkan pemilik kenderaan perlu membuat permohonan melalui jpd.gov.bn dengan kadar bayaran dikenakan adalah $20 dan borang hendaklah dihantar ke kaunter JPD mulai 1 Ogos.

Selepas pembayaran dibuat, JPD akan mengeluarkan resit sebagai pembuktian untuk digunakan ketika kenderaan diperiksa semasa sekatan jalan.

Setiap pemasangan tinted hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan itu dan mendapat kelulusan daripada JPD.
Next Post Previous Post