39,400 liter diesel dirampas di Jalan Batu Kawa

KUCHING-- Sebanyak 39,400 liter minyak diesel yang bernilai RM84,710.10 dirampas dalam Operasi Bersepadu di Jalan Batu Kawa, semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, operasi itu dijalankan KPDN Sarawak bersama Bahagian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen/Peraturan/Perintah: Akta Kawalan Bekalan 1961 Seksyen 20 iaitu memindahkan atau menyimpan atau menyebabkan atau membenarkan apa-apa barang kawalan dipindahkan dari mana-mana premis yang dilesenkan atau disimpan selain dari premis yang dilesenkan atau premis yang dibenarkan oleh pengawal.

"Nilai rampasan dianggarkan sebanyak 39,400 liter minyak diesel yang bernilai RM84,710.10 dan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM146,260," katanya.

Justeru, KPDN Sarawak mengalu-alukan orang ramai yang ingin membuat aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdnhep.gov.my atau telefin KPDN Sarawak di 082-537703 (Bilik Gerakan), Whatsapp 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna) dan Talian Hotline 1-800-886-800.
Next Post Previous Post