Wanita maut, suami parah dalam kemalangan di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju

BINTULU -- Seorang wanita maut manakala suaminya parah dalam kemalangan kendiri yang membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari berusia 24 tahun disahkan maut di lokasi kejadian manakala suaminya yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah.


'Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergerak ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 7.22 pagi,' ujarnya.

Setiba anggota di lokasi, Komander Operasi memaklumkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta yang dinaiki 2 orang penumpang.


Mangsa yang merupakan seorang wanita dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post