Polis buru suspek pecah masuk, curi klinik kesihatan di Batu 10

KUCHING-- Polis kini giat memburu suspek yang terlibat kes pecah masuk dan curi di sebuah klinik kesihatan di Jalan Batu 10, Padawan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.39 pagi tadi.

"Dalam kejadian ini beberapa barang telah dicuri antaranya dua unit dapur gas, seunit tong gas, seunit kipas berdiri, dua unit jug air steel, seunit speaker dan microphone, seunit speaker besar, seunit radio dan speaker, seunit pemanas air dan seunit periuk nasi elektrik. 

"Anggaran kerugian dianggarkan lebih kurang RM3,500," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau memberitahu orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung terus dengan Sarjan Muhammad Fardaus Musadad, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan ditalian 012-8963186.
Next Post Previous Post