MOSAR selamatkan pendaki lelaki alami kesejukan melampau di, Panalaban, Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU-- Tindakan cekap Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) berjaya membawa turun seorang pendaki lelaki yang mengalami kesejukan melampau dari kem pangkalan Panalaban di Gunung Kinabalu semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu sekitar jam 2.55 petang dan mengerahkan 10 anggota MOSAR ke lokasi.


“Pasukan itu tiba di lokasi hanya lima minit kemudian kerana lokasi itu terletak hanya satu kilometer dari stesen MOSAR, dan berjaya menemui lelaki tempatan berusia 34 tahun terbabit.

"Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan sebelum dibawa turun dengan selamat," katanya.


Tambahnya, dua anggota pasukan mencari dan menyelamat Taman Sabah turut terlibat dalam operasi itu.

Mengulas lanjut, Ridwan berkata, mangsa yang berjaya dibawa turun kemudian dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.


Katanya operasi itu ditangguhkan pada 9.20 malam.

Difahamkan hujan tanpa henti telah menyumbang kepada cuaca sejuk di Gunung Kinabalu. 

Malah, cuaca hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah mencetuskan sekurang-kurangnya dua kejadian tanah runtuh, satu bahagian gunung pada 1.20 pagi, diikuti satu lagi di kawasan sama, dan aliran lumpur pada kira-kira 5 pagi awal Ahad (23 Jun).
Next Post Previous Post