Mayat mangsa kedua dan terakhir tragedi bot panjang karam di Jeram Menjawah Belaga dijumpai

BELAGA -- Mayat mangaa kedua dan terakhir tragedi bot panjang yang karam di Jeram Menjawah pada petang Ahad lalu dijumpai oleh orang awam awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak dalam kenyataannya hari ini bekata, mayat mangsa Rhuban Apparoo berusia 30 tahun dijumpai orang awam di kawasan hilir Rumah Kejaman Neh Long Liten iaitu sejauh 18 kilometer dari bot dilaporkan karam.


"Sejurus dinaikkan, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Belaga dengan menggunakan bot polis dengan bantuan anggota BBP belaga," ujarnya.

Pasukan Bomba kemudiannya bertindak mengangkat mayat mangsa dari bot sebelum menyerahkannya pihak PDRM Belaga untuk tindakan lanjut.


Anggota Bomba melakukan kerja-kerja semburan dan pembersihan kawasan Jeti Belaga sebelum menamatkan operasi SAR hari ke-3 ini sebelum bertolak balik ke balai.
Next Post Previous Post