Lelaki dirompak dua lelaki bawa pisau di Miri

MIRI-- Seorang lelaki mengalami detik hitam selepas dirompak dua lelaki menggunakan pisau di belakang bangunan sebuah pasar raya di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu yang mengesahkan kes itu berkata dalam kejadian ini, salah seorang daripada dua suspek lelaki yang memegang sebilah pisau telah merampas seutas rantai emas dari leher mangsa. 

"Dua suspek telah melarikan diri dengan sebuah kereta Honda Jazz warna kelabu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Alexson, dalam kejadian itu mangsa tidak mengalami kecederaan.

Tegasnya, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini, diminta tampil ke Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan. 

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri," ujarnya.
Next Post Previous Post