Gadis terperangkap dalam ruang simpanan bas ekspress dalam keadaan kaki tersepit di pintu
KUCHING-- Seorang gadis menempuh detik tragis apabila terperangkap di ruang simpanan bas ekspress ketika hendak menurunkan begnya di Terminal 17, Shah Alam, baru-baru ini.
Menurut mangsa, semasa kejadian dia menaiki bas tersebut dari Johor Bahru ke Shah Alam sekitar jam 9.30 malam pada 2 Jun lalu.
"Setiba di Shah Alam, saya hendak ambil beg dalam ruangan kargo bawah bas, selepas itu tiba-tiba pintu ruang simpanan itu tertutup dan saya masih berada di dalam ruangan tersebut dengan kaki saya berada di luar.
"Ini mengakibatkan kedua-dua betis kaki bengkak. Kemudian tanpa pengetahuan pekerja bas tersebut, bas bergerak semasa kaki saya tersepit dan mengakibatkan jari kaki saya mengalami kecederaan," katanya di halaman X.
Tambah mangsa, pemandu bas tersebut hanya menyedari mangsa terperangkap di ruang simpanan selepas melihat cermin sisi bas dan terlihat ada sesuatu yang terkeluar dari ruang simpanan bas berkenaan.
"Akibat daripada situasi tersebut pemandu bas berkenaan turun dan membuka pintu ruang penyimpanan barang dan pemandu tersebut menyedari saya telah tersepit pada pintu penyimpanan barang.
"Setelah kejadian tersebut pemandu bas tersebut membawa saya terus ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut," jelasnya.
Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis.
Bas ni malam tu turun terminal 17 dulu kemudian dia on the way pergi klang..malam tu saya tak leh tido pikir agaknye kalau sampai klang dia tak perasan saya , rsenye saya ade kaki lagi ke pic.twitter.com/EuBTGsrkCD
— Nurul Shafiyyah (@shafiyyah_nurul) June 4, 2024
Dalam hantarannya di laman X, gadis tersebut meminta pandangan orang ramai untuk menuntut ganti rugi daripada pihak bertanggungjawab berhubung kejadian yang menimpanya itu.