Empat pencuri kabel telekomunikasi di Sri Aman masuk ke tirai besi

KUCHING-- Empat lelaki masuk ke tirai besi selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri kabel di sebuah menara telekomunikasi di Sri Aman.

Terdahulu, kesemua tertuduh, Dean Entalai Rawing, Stephen Dinies, Goyak Empam dan Doman Yek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman hari ini

Keempat-empat tertuduh berusia 32 hingga 38 tahun berasal dari Daerah Julau dan Kanowit didakwa terlibat dalam tiga kes kecurian kabel di Menara Telekomunikasi di Sri Aman. 

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 di bawah akta yang sama. 

Mereka mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dua tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan. 

Kesemua tertuduh akan menjalani hukuman di Penjara Pusat Sri Aman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, polis memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap perlakuan jenayah curi kabel ini yang boleh menggugat keselamatan awam terhadap harta benda dan lain-lain perlakuan jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Pihak polis mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sri Aman di talian 083-322035," ujarnya.
Next Post Previous Post