Remaja lelaki tahan azab lebih satu jam, tangan kanan tertusuk serampang
MARUDI -- Seorang remaja lelaki terpaksa menahan lebih setengah jam selepas serampang yang digunakannya tertusuk tangan kananya semasa sedang menuai sawit di salah sebuah kebun di sini, semalam.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi dalam kenyataannya berkata, semasa kejadian, remaja berkenaan dikatakan sedang menumbuk sawit sebelum jarinya tertusuk serampang berbabit.
"Sepasukan anggota dari BBP Marudi bergegas ke Wad Kecemasan Hospital Marudi sejurus menerima panggilan kecemasan bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan serampang terbabit dari tangan mangsa," ujarnya.
Setelah "size up" dijalankan, pasukan bomba menjalankan operasi pemotongan mata serampang dengan menggunakan alat pemotong khas iaitu bolt cutter kecil.
Setelah bertungkus-lumus mengeluarkan serampang terbabit dari tangan mangsa, ianya akhirnya berjaya dikeluarkan sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.51 malam.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pakar perubatan hospital bagi diberikan rawatan lanjut.