Pesakit perlu tunggu selama 120 minit di kaunter pendaftaran Hospital Bintulu!
BINTULU -- Seorang pesakit sekurang-kurangnya perlu menunggu selama 120 minit di kaunter pendaftaran hospital sebelum mendapatkan khidmat rawatan di klinik pakar.
Tempoh menunggu yang agak lama ini menjadi viral sejak dua hari lepas selepas seorang wanita mengeluh dalam laman Facebook miliknya yang mengatakan perlu menunggu dalam tempoh yang agak lama sekiranya ingin mendapatkan khidmat perubatan di hospital terbabit.
Beliau yang pernah menghantar anak dan ibunya bagi mendapatkan khidmat perubatan di hospital seringkala datang awal pagi dan balik pada waktu petang.
"Saya pernah menghantar anak dari jam 8.20 pagi dan tempoh menunggu yang terlalu lama menyebabkan proses pemeriksaan serta perubatan siap sepenuhnya pada 4.45 petang," ujarnya.
Beliau yang turut mempunyai pengalaman dengan hospital lain seperti Hospital Umum Sarawak (SGH) yang mempunyai 15 kaunter yang mana tempoh menunggu sekitar 15 minit sahaja yang mana proses rawatan siap sepenuhnya pada sesi pagi sahaja.
Kenapa hanya Hospital Bintulu sahaja yang memerlukan 120 minit hanya untuk proses pendaftaran sahaja.
"Ironinya, setiap keluhan yang diutarakan akan dijawab petugas kaunter dengan jawapan dapatkan perkhidmatan perubatan di hospital swasta sekiranya tidak dapat menunggu lama!."