Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Bintulu
BINTULU -- Orang awam di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti yang terdampar di kawasan pantai Tanjung Batu di sini awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan bagi menjalankan khidmat khas mengangkat serta mengeluarkan mangsa sekitar jam 7.28 pagi.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat mayat seorang lelaki yang dalam lingkungan umur 30-40 tahun yang masih lengkap berpakaian terdampar di kawasan pesisir pantai," jelasnya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pemeriksaan sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Gambar BBP Bintulu