JBALB Sarawak diminta wujudkan aplikasi mudahkan pembayaran bil, aduan
KUCHING-- Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak disaran mewujudkan aplikasi dalam talian untuk perkhidmatan jabatan itu.
Saranan itu disuarakan warga alam maya yang memberitahu dengan adanya aplikasi tersebut akan memudahkan pengguna membuat aduan berkaitan dan pembayaran bil air.
Antara pengguna media sosial Facebook yang mencadangkan perkara itu, Azie Abdullah yang bertanyakan sama ada JBALB ada atau tidak mempunyai aplikasi seperti Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam memudahkan aduan dan maklumat disalurkan kepada pengguna.
Dalam ruangan komen Azie di Facebook itu, pentadbir kumpulan JBALB Sarawak memaklumkan buat masa ini pihaknya tidak mempunyai aplikasi yang dimaksudkan.
Pertanyaan yang sama turut dikongsikan oleh pengguna Facebook,
Awang Masran.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Athanasius Esther Paul Jenis berkongsi masalah yang dihadapinya.
Dalam komennya berkata: "Last week dh call JBALB sbb suka ngumpol bil menaun...sakit jantong nangga bill sampey beratus skali maok... dah bya tertunggak kata nya...haihhh... eran juak atiku maka nya mpun nok sik ngantar bil ke rmh".
Masalah yang sama juga dihadapi pengguna Facebook yang mengguna nama Lena Iqah.
Selain itu, seorang pengguna yang mengguna nama Yaq Abeng memberitahu dia pernah ke kuanter aduan JBALB sebelum puasa memaklumkan paip bocor tetapi hingga kini tiada tindakan diambil.
"Udah pergi counter aduan sblom puasa Tek tapi setakat tu blom Ada tindakan daripada pihak LAK lah... Lokasi Taman Palma Matang harap pihak LAK dapat maintenance lah tq".
Antara komen warga maya lain: "Sepatutnya mereka ada laman web ataupun watsapp no utk buat aduan senang utk yg buat aduan hantar gambar atau sebagai nya.. klau guna panggilan telepon kadang2 tak di jawab kadang2 tak masuk".