Warga Miri kecewa dekorasi Aidilfitri ‘semadi ajak’


Ini sahaja…dekorasi di Miri Times Square.

MIRI— Tinggal beberapa hari lagi Aidilfitri, namun bahang sambutannya tidak sepanas cuaca yang melanda Miri ketika ini. 

Lazimnya ketika sambutan perayaan, beberapa lokasi strategik di Miri akan dihiasi
pelbagai dekorasi atau perhiasan berdasarkan perayaan yang diraikan. 

Berdasarkan tinjauan Borneo Network, ramai warga Miri meluahkan kekecewaan dengan perhiasan dan dekorasi sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan ‘semadi nadai’. 

Antara lokasi yang terkenal dengan dekorasi dan perhiasan menjelang perayaan ialah jalan raya menuju jejambat bandar raya Miri berhampiran pejabat lama Majlis Bandaraya Miri dan Miri Times Square. 

Malah ada yang mendakwa pengurusan pusat beli-belah dan majlis perbandaran seperti pilih kasih apabila hiasan dan dekorasi tidak semeriah perayaan lain.

“Selamat hari Raya Aidilfitri warga Miri. Biasa area tok meriah time perayaan.

“Tinggal beberapa hari jak gik, macam sikda vibes raya jak Miri tedah... Mun perayaan lain meriah ada jak. Atleast ada la sikit...Huhu,” kata seorang penduduk Miri, Ms. Nazira dalam hantaran di Facebook.


Netizen itu turut memuat naik gambar jejambat yang disifatkan sendu dan tidak bermaya tanpa sebarang perhiasan.

“Memang begitu setiap tahun, kalau Tahun Baru Cina macam di Hong Kong kita tok, berbulan jak tanglung bergantung, masuk raya dah tanglung merah masih bergantung,” kata Yusof Ahmad 

“Sebagai orang Miri, memang pilih kasih dari Mall ke jalan-jalan, semua sendu. Tapi bila Tahun Baru Cina bagai nak rak. Kalau di China oklah buat satu dekorasi perayaan tetapi Miri banyak kaum, konon bandar raya peranginan,” kata Dean.

“Cuba tengok kat Times Square, macam komen netizen, macam perkauman tetapi ia kenyataan.

Lenggang..Jalan menuju jejantas bandar raya Miri yang lazimnya dihias menjelang perayaan. Gambar netizen

Bila perayaan lain, meriah, indah, cantik dekorasinya, memang mood bergambr.

“Tetapi bila Raya, semadi nadai jak deko.. Im not racist k tetapi hakikatnya begitu,” kata Nur Ismail.

Dalam pada itu, Qeea Ibrahim berkata warga Miri harus menerima seadanya keadaan itu.

“Ok apa....tenang is good…Raya dan Sslam mengajar kita bersederhana dalam apa jua perkara sekalipun,” katanya.

“Walaupun saya tidak sambut raya, saya sokong kenyataan ini, lesu rupa bandar Miri, yang bukan bandar raya pun meriah,” kata Ray My.

Gambar Borneo Network
Next Post Previous Post