Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Rotan Kering Ke Indonesia
LUBOK ANTU-- Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan menyeludup rotan kering ke negara jiran Indonesia di sektor Op Awas/Kering Parang di sini, hari ini.
Sel Operasi Media Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan serang dan tangkap (SERKAP) di lokasi yang dikenali masyarakat tempatan sebagai ‘Pondok
John’ kira-kira 800 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.
Menurutnya, mereka telah bertindak menahan satu lori
bersama enam warganegara Malaysia lingkungan umur 25 hingga 78 tahun yang mencurigakan pada jam 2.30 pagi.
"Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat rotan kering berjumlah 5,840 kilogram bernilai RM 78,840.
"Turut dirampas ialah satu Lori Hino Tipper bernilai RM
150,000 dan satu Toyota Fortuner bernilai RM 55,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 283,840. "Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Antu dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam Negeri Sarawak untuk tindakan
selanjutnya," ujarnya.
Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.