Tawaran miliki rumah untuk anak Sarawak bergaji RM650-RM2,500 palsu-HDC

KUCHING-- Tiada tawaran memiliki rumah untuk Anak Sarawak yang bergaji RM650 hingga RM2,500 sebulan seperti mana yang tular di media sosial, tegas 
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Berikutan itu, HDC menafikan kenyataan yang ditularkan berkaitan tawaran berkenaan di media sosial Facebook hari ini.

"HDC tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tular di melalui sosial media Facebook baru-baru ini.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu bagi mengelak kekeliruan," kata HDC dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi HDC di hdc.sarawak.gov.my.


Baru-baru ini tular satu kenyataan yang memaklumkan anak Sarawak boleh cuba memohon Rumah Mampu Milik dan menetapkan beberapa syarat wajib.

Antara syarat itu, pemohon yang layak hanya warga Sarawak sahaja, tidak pernah memiliki rumah atau tanah, dan wajib sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah dari RM650 hingga RM3,000. 
Next Post Previous Post