Tanah Susur Dan Pokok Tumbang Halang Laluan Di Jalan Sri Aman-Serian

SRI AMAN-- Tanah susur dan pokok tumbang menghalang jalan di Bukit Temudok, Jalan Sri Aman-Serian di sini, malam tadi.

Komander Operasi Kanan, PgB Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.40 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.
 
"Tanah susur serta pokok tumbang itu telah menghalang jalan. Kerja-kerja memotong pokok di hentikan untuk faktor keselamatan disebabkan masih berlaku pergerakan tanah.

"Pasukan bomba masih menunggu bantuan jentolak dari pihak JKR dan setakat jam 1 pagi, kerja-kerja memotong pokok tumbang dan mengalir tanah susur masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja mengalih tanah susur dan pokok tumbang seterusnya diserah kepada pihak JKR yang berada di lokasi pada jam 1.46 pagi.
Next Post Previous Post